CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 22, 2008

13 MEI 1969

1.0 PENDAHULUAN

Peristiwa 13 Mei 1969 melakar satu sejarah hitam dalam buku sejarah Malaysia dan menjadi satu memori yang sukar dilupakan oleh setiap unit masyarakat. Sejarah hitam yang dimaksudkan ialah tragedi rusuhan antara kaum Melayu dan kaum China seterusnya menjadi kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Rusuhan kaum ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda, angka rasmi menunjukkan 196 kematian, 439 cedera, 39 hilang, 9143 ditahan dan 211 kenderaan musnah. Tragedi ini telah mengubah kebanyakan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia seterusnya menguji semangat kecintaan pada negara.

Tragedi 13 Mei 1969 sedikit sebanyak mempunyai perkaitan dengan Pilihan Raya Umum 1969. Ini kerana semasa kempen pilihan raya, isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi modal utama untuk menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia seterusnya sebagai senjata untuk memenangi pilihan raya. Calon-calon pilihan raya dan ahli-ahli politik membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Isu-isu yang dibangkitkan telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969 menyaksikan kemenangan besar pihak pembakang dan parti Perikatan mengalami kekalahan yang teruk seterusnya kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti pembangkang iaitu Parti Gerakan telah berarak untuk meraikan kemenangan. Perarakan tersebut dikatakan mempunyai unsur-unsur ejekan dan memperlekehkan kepada kaum Melayu seterusnya mencetuskan pergaduhan sehingga berbunuh-bunuhan antara kaum Melayu dan kaum Cina.

2.0 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA SEBELUM MERDEKA

Namun sebelum kita melihat apakah kesan dan punca yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969 tersebut, adalah penting juga kita mengimbas sejarah Malaysia sebelum merdeka dari segi dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh tinggalan kolonial. Dalam konteks Sejarah, Semasa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu tidak ada satu dasar pembangunan pun yang bertujuan menjaga kebajikan anak jajahan mereka. Pihak penjajah berusaha mengaut keuntungan daripada hasil tanah jajahannya seperti perusahaan getah, perlombongan bijih timah, petroleum dan lada hitam. Kemasukan kaum- kaum asing yang dibawa oleh penjajah dengan acuan kerjaya yang ditentukan telah menghasilkan tiga jenis ekonomi mengikut kaum yang berbeza iaitu kaum Cina dengan perlombongan, kaum India dengan perladangannya dan kaum Melayu dengan pertaniannya. Bandar- bandar besar juga muncul dengan kelompok penempatan etnik tertentu.

Dasar penjajah dan sistem perekonomiannya telah meninggalkan dua jurang perbezaan yang besar iaitu sektor bandar dan luar bandar. Di luar bandar, masyarakat Melayu terus dengan sistem ekonomi sara diri atau cukup hidup sebagai petani, pesawah, pekebun kecil dan nelayan. Masyarakat india pula dengan hidup serba kekurangan sebagai buruh ladang dengan kadar upah yang rendah. Masyarakat Cina yang terlibat dalam sektor perlombongan yang kebetulan dibangunkan menjadi pusat bandar pula mampu menikmati kemudahan- kemudahan yang disediakan oleh Inggeris dengan selesa. Sekalipun ada usaha- usaha awal yang cuba dibangunkan seperti penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada 1951, namun tidak dijayakan dengan giat. Tambahan pula peruntukan ini diagihkan pula untuk membasmi kegiatan komunis pada Zaman Darurat (1948- 1960), termasuklah Rancangan Penempatan Semula di bawah skim Bringgs.

3.0 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA SELEPAS MERDEKA

Seterusnya kita juga perlu melihat dasar pembangunan negara selapas merdeka, cabaran yang dihadapi oleh Parti Perikatan ialah untuk membangunkan negara dengan cara memajukan ekonomi untuk faedah semua kaum dengan cara mengurangkan jurang perbezaan pembangunan dan membasmi kemiskinan. Dasar pembangunan negara dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RPLT) yang dihasilkan setiap lima tahun. Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), tiga rancangan pembangunan negara telah digubal iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMP:1956- 1960), Rancangan Malaya Kedua (RMK:1961- 1965) dan rancangan Malaysia pertama (RM1: 1966- 1970). Antara strategi yang dijalankan ialah menyediakan kemudahan infrastruktur sosio- ekonomi khususnya pembangunan luar bandar.

Komitmen kerajaan ini bertujuan mengubah sistem penjajah yang telah berjalan selama 83 tahun, bermula dengan campur tangan dalam urusan dalaman negeri Perak diikuti dengan Perjanjian Pangkor 1874 di mana tiada pembangunan menyeluruh yang cuba dibawa. Pada tahun selepas merdeka tersebut juga pihak kerajaan terlalu mengutamakan aspek pembangunan ekonomi untuk memajukan negara, kerajaan yang di ketuai oleh pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman ini telah mengabaikan satu aspek yang sangat penting untuk menyeimbangkan kemajuan ekonomi Malaysia. Aspek tersebut ialah dari segi perpaduan dan persefahaman antara kaum di Malaysia. Akibat telalu menumpukan aspek pembangunan ekonomi dan mengabaikan aspek perpaduan, maka berlakulah bibit- bibit perpecahan antara kaum Melayu, Cina dan India yang menyebabkan rusuhan kaum pada 13 mei 1969 tersebut ekoran daripada kesan tidak puas hati dari pelbagai aspek antara kaum.

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERISTIWA 13 MEI 1969

4. 1 Pemisahan Tempat Tinggal

Terdapat banyak faktor yang telah mempengaruhi berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Antaranya ialah pemisahan tempat tinggal. Pada zaman pemerintahan British, British telah mengamalkan konsep pecah dan perintah. British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi. Justeru, mereka telah menetapkan status dan dan peranan yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku, maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

4.2 Perbezaan bidang pekerjaan

Selain faktor di atas, perbezaan bidang pekerjaan turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei 1969. Tempat tinggal telah menggambarkan perbezaan bidang pekerjaan yang telah diceburi pelbagai kaum yang berbeza. Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani dan nelayan yang tinggal di kampung manakala masyarakat Cina telah mewarisi pekerjaan turun-temurun keluarga mereka iaitu berniaga atau bekerja sebagai pelombong di lombong biji timah dan kebanyakannya adalah tinggal di bandar. Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh getah atau buruh kasar kerajaan yang tinggal di estet-estet.

Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya kaum Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini juga telah mewujudkan jurang pendapatan yang berlainan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati. Persaingan ekonomi secara tidak sihat ini telah berada pada kemuncak semasa berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

4.3 Perbezaan Pendidikan

Latar pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Sebelum Laporan Razak dikemukakan, negara kita tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional yang sempurna.Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran yang berlainan mengikut kaum, iaitu Aliran Inggeris, Melayu, cina dan India. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Sekolah Cina dan India pula mengguna pakai silibus, buku-buku teks dan tenaga pengajar yang diambil dari negara asal mereka, iaitu India dan China. Manakala Sekolah Inggeris hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar besar sahaja.

Selain itu, empat aliran sekolah ini tidak mempunyai satu bahasa pengantar yang seragam. Ini menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum, malah memberi satu impak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

4.4 Fahaman dan pengaruh politik berbeza

Di samping itu, fahaman dan pengaruh politik yang berbeza turut mengakibatkan berlakunya tragedi 13 Mei. Struktur masyarakat Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai kaum. Kepelbagaian kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasaskan kaum masing-masing. Perkara ini telah memperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain. Persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasikan perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum sehinggalah menimbulkan rasa tudak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

4.5 Penggunaan akhbar berbeza

Tambahan pula, penggunaan akhbar yang berbeza. Oleh kerana mengalami sistem pendidikan yang berlainan, maka terbitlah juga pelbagai akhbar yang menggunakan pelbagai bahasa yang berbeza. Ini bertujuan menyampaikan berita yang berlaku di negara asal mereka, khususnya India dan negara China. Walaupun kemunculan pelbagai akhbar ini mempunyai matlamat

yang baik, maka ia diburukkan oleh sesetengah pihak dengan mengatakan akhbar tesebut melaporkan anasir-anasir buruk tentang kaum yang lain. Ini secara langsung telah menambah prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain.

4.6 Sistem pemerintahan penjajah

Faktor akhir yang membawa peristiwa 13 Mei adalah pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah diberi layanan yang berbeza. Masyarakat Cina umpamanya telah telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang Melayu. Keadaan ini kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Layanan yang berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila yang menyerang MPAJA adalah terdiri daripada orang Melayu. Ini telah menimbulkan persengketan antara orang Melayu dengan orang Cina dan kemuncak terjadi pada 13 Mei 1969.

5.0 TINDAKAN KERAJAAN

5.1 Pengisytiharan Darurat

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan ahli jemaah menteri telah menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara 150 di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan darurat ini berkuatkuasa serta merta di hari yang sama dengan rusuhan berlaku. Melalui Ordinan Darurat yang pertama, YDPA diberi kuasa yang luas ke atas hal keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan. Justeru itu, Persidangan Parlimen dan Persidangan Dewan Negeri telah digantung termasuk pilihan raya bagi Sabah dan Sarawak yang belum dilaksanakan.

Apabila Ordinan Darurat Kedua diisytiharkan, kuasa eksekutif Persekutuan yang sebelum ini dipegang oleh Jemaah Menteri diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak yng akan mengetuai sebuah gerakan.Beliau perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman dan dibantu oleh sebuah gerakan digelar Majlis Gerakan Negara yang ahlinya dilantik oleh beliau sendiri. Selain itu, Jawatankuasa Gerakan Negeri dan Jawatankuasa Gerakan Daerah ditubuhkan bertujuan untuk melancarkan program-program Majlis ini.

5.2 Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk pada 17 Mei 1969 bagi mengambil alih tugas Parlimen untuk sementara. Majlis Gerakan Negara ini dianggotai oleh Tun Abdul Razak, pemimpin politik iaitu Tun Dr. Ismail, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Datuk Hamzah, Menteri Penerangan dan Penyiaran; Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambathan. Majlis ini turut dianggotai oleh pegawai- pegawai kanan kerajaan seperti Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin; Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ghazali Shafie; Setiausaha Tetap Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri. Sementara itu, pegawai-pegawai polis dan tentera terdiri daripada Tengku Osman Jiwa iaitu Ketua Turus Angkatan Tentera dan Tan Sri Mohammad Salleh iaitu Ketua Polis Negara. Seorang lagi ahli MAGERAN adalah Leftenan Jeneral Datuk Ibrahim bin Ismail menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.

Secara keseluruhannya, MAGERAN berfungsi sebagai badan yang mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna sertabertindak mengembalikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum. Dengan usaha yang gigih, MAGERAN berjaya mengembalikan keamanan kepada

negara. Kerajaan Berparlimen dikembalikan semula pada 23 Februari 1971.

5.3 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (JPN)

Seterusnya, pihak kerajan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) pada tahun 1970. Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan. Jabatan ini diketuai oleh Tan Sri Ghazali Shafie. Secara rasminya, tujuan penubuhan JPN adalah untuk mengadakan keselarasan ideologi negara serta menuju ke arah perpaduan negara. Misalnya dalam dasar-dasar ekonomi dan sosial, termasuk anggaran dalam belanjawan 1971 akan dipertimbangkan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi bagaimana ia berkesan memberi terhadap hubungan kaum. JPN jugalah berperanan mendraf satu ideologi untuk negara yang kemudiannya ideologi ini dikenali sebagai Rukun Negara.

5.4 Majlis Muhibbah Negara (MMN)

Majlis Muhibbah Negara (MMN) telah diwartakn pada 18 Julai 1969 Majlis Muhibbah Negara berfungsi untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham antara kaum, membntu dan menyusun kerja-kerja sukarela dan bertindak sebagai pembantu kerajaan jika diminta berbuat demikian. Kemudiannya, pada 1 Januari 1972, MMN dan JPN telah digabungkan dan menjadi Kementerian Perpaduan Negara dan kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Kementerian ini bertugas mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibbah untuk berbilang kaum.

5.5 Penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

Akibat daripada peristiwa 13 Mei, pihak kerajaan turut menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MAPEN). Majlis Perundingan Negara ditubuhkan pada 29 Januari 1970.Secara keseluruhannya MAPEN bertujuan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi untuk memupuk identity kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia. Keanggotaan MAPEN dibuka kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk membolehkan perbincangan secara berterus-terang diadakan. Anggota-anggota MAPEN adala wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari Kerajan Negeri, wakil dari parti politik, wail dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan professional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil dari guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti. MAPEN turut bertanggungjawab terhadap pembentukan ideologo negara iaitu Rukunegara dan perubahan Perlembagaan.

6.0 IMPLIKASI PERISTIWA SECARA LANGSUNG

Selepas berlakunya kekacauan kaum ini,pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung.Walaupun perintah berkurung ini perlu bagi mengawal keselamatan dan mengembalikan kestabilan negara,tetapi keadaan tersebut menyekat kebebasan dan pergerakan setiap orang untuk mencari nafkah, berinteraksi antara satu sama lain, berurusan, berniaga dan sebagainya. Pendek kata dengan perintah berkurung yang di kenakan selepas tragedi 13 Mei itu, hal tersebut lebih banyak menyusahkan masyarakat untuk bergerak dan menjalankan aktiviti hariannya.

6.1 Tidak membawa faedah

Rusuhan kaum 13 Mei ini tidak menghasilkan sebarang faedah kepada kaum-kaum yang terlibat.Malahan tragedi tersebut telah mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban,harta benda yang rosak,meningalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara,dan kaum keluarga yang terlibat. Seorang pengkaji telah seolah-olah menyalahkan orang Melayu dalam hal ini.Menurutnya,dengan berbekalkan parang dan senjata lain,mereka bergerak di kawasan-kawasan yang didiami orang Cina.Oleh sebab kediaman Dato Harun di Kampung Baru,maka perarakan itu telah bergerak menuju ke Jalan Chow Kit dan sekitarnya.Perasaan yang membara telah menyebabkan mereka membunuh,membakar dan merosakkan apa sahaja yang berkaitan dengan orang Cina.Tindakan ini di balas oleh orang Cina,maka terjadilah pertumpahan darah yang memakan korban yang banyak.Sebenarnya,dalam pergaduhan itu susah untuk di tafsirkan siapa yang bersalah dan siapa yang benar.Kemarahan orang Melayu telah di cabar oleh orang Cina kerana kemarahan yang tidak dapat di kawal oleh orang Melayu.Keadaan juga menjadi rumit kerana dengan adanya unsur- unsur kongsi gelap dan anasir komunis yang turut mengambil kesempatan daripada ketegangan kaum itu.

6.2 Kemusnahan harta benda dan nyawa

Dalam pergaduhan itu,seramai 6000 orang kehilangan rumah,terutamanya di kalangan orang Cina.Seramai 178 orang di katakan terbunuh,walaupun ada wartawan yang menyaksikan peristiwa tersebut menganggarkannya lebih tinggi.Laporan daripada pihak kerajaan yang di keluarkan pada 9 Oktober 1969,mengatakan 180 orang yang terbunuh dengan kematian di kalangan orang Cina sebanyak 125 orang,Melayu seramai 37 orang dan India seramai 17 orang.Dalam statistik baru pula,kerajaan mengatakan 196 orang terbunuh,180 orang cedera kerana senjata api dan 259 kerana senjata lain.Seramai 9143 orang telah di tangkap dan seramai 5561 orang daripadanya telah di bicarakan di mahkamah.Sebanyak 211 buah kenderaan telah di rosakkan dan 753 bangunan telah di rosakkan atau di bakar.

6.3 Terbentuk Rukun Negara

Kegiatan-kegiatan orang Melayu yang telah di bekukan, akibat peristiwa buruk 13 Mei 1969 itu telah pulih semula pada sebelum akhir tahun 1970. Dengannya terciptalah apa yang di namakan ‘Rukun Negara’ iaitu satu dasar hidup rakyat, yang berbilang kaum dan bangsa, bagi membina satu masyarakat yang bersatu- padu yang merupakan satu bangsa yang kuat dan maju dalam sesebuah negara, yang adil, aman dan makmur. Rukun Negara merupakan salah satu daripada penyatuan pemikiran ahli-ahli cerdik pandai dan pemimpin-pemimpin negara yang ingin melihat rakyat negara ini peka kepada perlunya pembangunan bangsa yang bukan sahaja mempunyai identiti sendiri,bahkan mempunyai pegangan yang sama. Rukun Negara telah di gubal semasa negara di bawah pemerintahan Majlis Gerakan Negara(MAGERAN).

Lima dasar yang menjadi asas ‘Rukun Negara’ itu ialah:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

3. Keluruhan Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Sebagaimana Rukun Islam yang lima itu wajib dijunjung tinggi dan di amalkan oleh umat Islam seluruhnya begitu juga dengan ‘Rukun Negara’ itu wajib di junjung tinggi dan di amalkan oleh setiap setiap rakyat Malaysia untuk benar-benar menjadi panduan hidup berguna sebagai rakyat yang benar-benar taat setia kepada raja dan negara Malaysia sejati.

Tragedi 13 Mei juga memberi pengajaran kepada kita betapa perlunya diadakan suatu dasar perpaduan masyarakat yang dapat di jadikan pegangan dan panduan bagi masyarakat Malaysia untuk hidup dengan aman dan berbaik-baik antara satu sama lain. Setiap rakyat perlu disedarkan betapa pentingnya semangat hormat menghormati antara satu sama lain, perlu ada tolenrasi, menjauhkan sifat dengki dan curiga mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain. Rakyat juga perlu sedar bahawa perkara-perkara sensitif seperti keudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini, serta bahasa, agama dan kebudayaan mereka perlu dihormati. Kaum-kaum lain perlulah juga di hormati dan tidak dipersenda. Pendek kata tanggungjawab perpaduan ini adalah tanggungjawab semua pihak.

6.4 Kesedaran Menyatukan Sistem Pendidikan

Kerajaan mulai sedar tentang peranan pendidikan dan sistem kurikulum yang sama untuk semua pelajar bagi mewujudkan perpaduan melalui pendidikan. Di samping bertujuan untuk mengurangkan perbezaan dalam bidang pendidikan antara kaum, kerajaan juga telah memberi peruntukan yang besar dalam perkembangan pendidikan di negara ini. Walaupun sebelum kemerdekaan sudah wujud satu sistem pendidikan yang menyatukan semua kaum tetapi kesan daripada peristiwa 13 Mei ini maka pihak kerajaan menyusun agar bidang pendidikan negara ini diperhatikan dengan lebih teliti supaya ianya tidak lari daripada landasan yang diinginkan.

Melalui sistem pendidikan yang sama, pelajar-pelajar diantara kaum dapat memahami berbagai-bagaai simbol bersama seperti bendera Malaysia, Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara dan sejarah perjuangan ke arah kemerdekaan. Melalui pelaksanaan Akta Pendidikan, kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah untuk menyamakan sistem sekolah rendah dan menengah sehingga peringkat universiti. Di samping itu, berbagai-bagai kolej, maktab dan cawangan universiti ditubuhkan bagi memenuhi permintaan setiap kaum.Walaupun masih banyak perkara yang perlu dilakukan, peruntukan perbelanjaan pendidikan yang diluluskan kepada setiap kaum adalah sangat memuaskan.

6.4 Terbentuknya Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Selepas daripada peristiwa 13 mei 1969 tersebut telah menyebabkan satu bentuk dasar ekonomi yang di laksanakan berbentuk serampang dua mata iaitu membasmikan kemiskinan dan menyatupadukan perpaduan masyarakat. Dasar ini lebih dikenali sebagai dasar ekonomi baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua 1971- 1975 untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud dinegara kita diantara kaum- kaum, diantara wilayah- wilayah dan antara dikawasan- dikawasan diwilayah yang sama. matlamat utama ialah perpaaduan. Rancangan untuk mencapai DEB ini terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP), 1971- 1990. DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

DEB dibentuk sebagai usaha ke arah mewujudkan keseimbangan dalam bidang ekonomi penduduk berbilang kaum. Terdapat dua strategi yang dibentuk, iaitu mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan serta memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakayat tanpa mengira kaum. Yang kedua adalah untuk menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi- fungsi ekonomi.

6.4.1 Strategi Pembasmian Kemiskinan

Kemiskinan di Malaysia dikira berasaskan kepada pendapatan garis kemiskinan yang mana garis kemiskinan dianggap sebagai purata sesebuah isi rumah untuk mendapatkan barang- barang dan perkhidmatan mencukupi. Kemiskinan dilihat sebagai faktor utama mewujudkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat dan mampu menggugat perpaduan negara. Kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan bumiputera yang tertumpu kepada bidang pertanian tradisonal. Pada tahun 1970 sebanyak 64.8% kadar kemiskinan terdiri daripada kaum Melayu yang mempunyai pendapatan purata keluarga sebanyak RM172 sebulan berbeza dengan kaum Cina sebanyak RM394 sebulan dan India sebanyak RM304 sebulan.

Menyedari hakikat ini kerajaan menjadikan sasaran bumiputera sebanyak 30% untuk pemulihan ekonomi agar mampu bersaing dengan kaum- kaum lain.Tindakan ini tidak boleh dianggap sebagai mengutamakan bumiputera sahaja dan mengenetepikan hak- hak kaum lain. Ini kerana tahap kemiskinan bumiputera adalah tinggi berbanding kaum- kaum lain. Dari perspektif ekonomi, kaum cina mempunyai keupayaan ekonomi yang tinggi dan mampu menyesuaikan diri sekiranya berlaku perubahan dalam ekonomi.

Oleh itu, menerusi DEB diharapkan kaum bumiputera tidak ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum- kaum lain dengan pencapaian sekurang- kurangnya 30% dalam ekonomi. Sekalipun penduduk asal negara ini ialah orang Melayu namum mereka belum medapat kemantapan yang sewajarn dalam bidang ekonomi sehingga memaksa kerajaan memberi ruang untuk membantu kaum Melayu yang lemah bagi mencapai 30%. Ini bukan bermakna kerajaan mengutamakan orang Melayu sahaja tetapi disebabkan pencapaian bumiputera didapati lemah, maka pelbagai usaha dijalankan untuk mencapai keseimbangan ini.

Oleh itu, beberapa usaha yang dijalankan dalam menyelesaikan masalah ketidakkeseimbangan ekonomi antaranya melalui latihan- latihan dan ilmu pendidikan kepada kaum Melayu dalam bidang pengurusan, menggalakkan peluang pekerjaan, memberi peluang aktif dalam sektor moden, memberi nasihat, subsidi, kouta, menambahkan bilangan Melayu di institusi pengajian tinggi dan mendorong mereka mempelajari kursus- kursus perdagangan, sain, kejuruteraan dan lain- lain. Walaubagaimanapun, dasar ini tidak hanya menitikberatkan pembangunan masyarakat Melayu sahajatetapi juga penekanan terhadap kestabilan politik bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan keamanan sosial yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.

Terdapat segolongan ahli politik yang berhaluan kiri seperti DAP dan sogolongan lain yang menidakkan usaha kerajaan melalui DEB ini dan menyembur racun terhadap kepercayaan rakyat kepada pihak kerajaan, antara mereka ialah Dr. Kua Kia Soongs, Dr. Lim Teck Ghee dan ketua pembangkang Lim Kit Siang. Dr Lim Teck Ghee yang melalui `kajiannya’ mendapati bumiputera telah mencapai 45 peratus ekuiti, sedangkan kerajaan menyatakan sasaran DEB pada penghujung 1990 hanyalah sekitar 18 peratus, sedangkan sasaran dasar berkenaan ialah 30 peratus’. Manakala Lim Kit Siang mengatakan DEB hanya memperkayakan sesetengah orang Melayu, Dr. Lim menyatakan DEB sudah melebihi 30% daripada sasaran asal. Kenyataan mereka ini tidak benar kerana data- data semasa yang ada menunjukkan pendapatan perkapital bulanan Bumiputera ialah RM2,500, India RM3,200 dan Cina RM4,100. Selain bukti tersebut, data semasa juga menunjukkan bangunan komersial dan premis perniagaan bagi bumiputera ialah 11.7%, Cina 71.9% dan India 4.6%.Ini menunjukkan DEB jauh daripada memuaskan bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi kepada semua kaum kerana tidak mungkin perpaduan tercapai kecuali berlaku keseimbangan di antara kaum, atau jurang perbezaan itu wajib dikecilkan. Masyarakat bukan Melayu seharusnya berterima kasih kepada bumiputera kerana bertolak ansur dalam hal- hal yang sukar untuk orang bumiputera membuat keputusan. Oleh itu, kaum lain tidak seharusnya membangkitkan isu- isu yang mengaitkan sensitiviti orang Melayu serta tidak mempertikaikan hak- hak bumiputera sebagai kaum asal Malaysia.

6.5 Wujudnya Integrasi Nasional

Pada asasnya konsep integrasi nasional bermaksud proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Definisi ini juga mengutamakan usaha-usaha untuk mewujudkan identiti wilayah dan mengurangkan atau akhirnya menghapuskan sama sekali kesetiaan yang sempit terhadap sesuatu daerah.

Langkah-langkah ke arah integrasi nasional secara langsung melibatkan usaha-usaha tertentu. Di antara usaha tersebut iaitu mewujudkan sistem integrasi wilayah. Perhubungan yang lebih rapat di antara wilayah-wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Apabila hal tersebut berlaku maka secara tidak langsung boleh mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman dan harmoni antara berbagai-bagai kumpulan dan bangsa seterusnya peristiwa hitam iaitu 13 Mei dapat dielak daripada berulang pada masa akan datang.

Dalam kontek sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, integrasi nasional biasanya dimaksudkan sebagai mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara semua kaum merangkumi Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Sesuai dengan matlamat integrasi nasional, usaha –usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk :

a) mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk-penduduk dalam wilayah yang berkenaan.

b) mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan interaksi supaya wujud persefahaman yang lebih baik antara penduduk dan suku kaum yang ada.

c) mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan komitmen terhadap konsep Nasionalisme Malaysia.

Sekiranya kita meninjau perkembangan di negara-negara yang lebih matang seperti Amerika Syarikat, unsur-unsur tersebut telah telah diutamakan sepenuhnya walaupun negara tersebut mempunyai rakyat yang berbagai-bagai keturunan. Malah di Amerika Syarikat, unsur perbezaan seperti geografi, psikologi dan wilayah, khasnya di antara Pantai Barat, Pantai Timur Wilayah Barat, Barat dan Alaska serta Hawaii adalah lebih serius jika berbnading dengan Malaysia. Implikasi daripada peristiwa 13 Mei inilah perlunya dilakukan konsep seperti ini.

6.6 Wujudnya Integrasi Politik

Bagi menyatukan berbagai-bagai pandangan politik di Malaysia, satu sistem kerajaan bercorak kerajaan campuran wujud sejak Malaysia ditubuhkan. Seterusnya sistem ini telah diperkembangkan melalui satu sistem politik yang fleksibel. Walau bagaimanapun masih terdapat ahli-ahli politik tertentu yang biasanya menggunakan isu politik perkauman dan menimbulkan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka. Seringkali kita dapat melihat bagaimana isu-isu yang bukan politik telah dipolitikkan sehingga menjadi serius atau kadangkala menggemparkan.

Terpulanglah kepada parti-parti politik dan anggota-anggotanya untuk berunding atau bermesyuarat dengan Kerajaan Pusat. Mereka juga boleh menggunakan peraturan saluran Parlimen dan Kabinet dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengemukakan isu dan masalah mereka. Pada keseluruhannya masih banyak terdapat langkah positif yang boleh diambil bagi mewujudkan perpaduan di negara ini. Perkara yang lebih penting ialah setiap masalah perlu dianggap sebagai satu cabaran bersama.

Sejak 30 tahun lepas, para pemimpin negara , anggota-anggota politik, pegawai kerajaan, guru-guru, polis, tentera dan ahli-ahli perniagaan di negara ini telah berusaha secara bersama-sama untuk membengunkan negara ini bagi kesejahteraan generasi sekarang dan yang akan datang. Pengalaman yang pahit pada masa dahulu perlu diambil iktibar untuk terus melangkah pada masa yang lebih mencabar.

7.0 RUMUSAN PERISTIWA

Sesungguhnya sejarah tidak dapat diubah namun setiap peristiwa yang berlaku tentu mempunyai hikmah dan pelbagai pengajaran dan iktibar. Barangkali bahang salah faham dan ketidaktentuan perhubungan dalam konteks perkongsian negara bangsa waktu lampau itu terasa sukar untuk dilaksanakan secara kolektif. Sebenarnya kita harus besyukur kerana peristiwa 13 Mei tersebut benar-benar telah mendewasakan dan membuka mata kita.

Perpaduan yang kita nikmati hari ini sebagai satu bangsa Malaysia yang ingin bergerak ke arah kemajuan tidak mungkin tercapai kalau kita tidak pernah berkonflik dan berkrisis. Tanpa konflik langsung tentulah kita tidak saling faham memahami dan saling hormat menghormati sesama bangsa di Malaysia. Hal ini berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Syaratnya, janganlah setelah kita faham dan bersepadu, kita mudah alpa dan leka terhadap apa yang kita telah kecapi di dalam konteks perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.

Konflik itulah yang membawa kepada reformasi dan perubahan. Kemajuan dan kermonian tidak akan tercapai tanpa perubahan, dan perubahan pula bertitik tolak dari kesilapan dan kelemahan daripada peristiwa lampau yang perlu dibaiki. Jika sebelum ini rakyat telah melakukan kesilapan dan sedar di atas kesilapan itu serta sanggup bertanggungjawab, maka tidak berlakulah pergeseran dan konflik. Malangnya, jika kita yang melakukan kesilapan masih mahu mempertahankan kesilapan kita, konflik dan penentangan akan wujud. Lebih malang lagi kerana kita tidak ambil iktibar dan pengajaran dari koflik yang terjadi antara bangsa Malaysia.

Sekalipun memerlukan tindakan terancang dan strategi jangka panjang yang konstruktif dan kompetitif kerajaan perlu mengepalai agenda ini dengan menyediakan produk maklumat yang bukan sahaja efisien dan berdaya saing yang dapat merapat serta bersama-sama dalam usaha mewujudkan keamanan dan kerharmonian di Negara ini. Dalam membentuk sebuah masyarakat majmuk moden yang kompetitif dan berdaya saing dalam konteks ekonomi dan keinsanan, maka definisi melampau yang memerlukan kemurnian Bahasa Kebangsaan sebagai senjata berbau perkauman dan tentunya hasil kesedaran generasi baru yang mengimpikan lahirnya sebuah kumpulan etnik yang secara konsisten dan fleksibel berperanan sebagai pemain utama yang bertanggungjawab untuk membina dan membangunkan negara bangsa Malaysia yang lebih kompetitif berdasarkan aspirasi masyarakat majmuk moden.

Bangsa Malaysia seharusnya sama-sama berjuang bagi memastikan lahirnya sebuah negara bangsa Malaysia yang berdaya saing dan mampu menyerap apa saja tekanan dan bertindak balas secara refleksif, sejajar dengan perubahan mendadak tamadun global yang berasaskan sistem ekonomi tunggal. Sekiranya tradisi yang selama ini sangat menjurus secara langsung dan dikhaskan pada agenda perpaduan dan hubungan sesama etnik di Malaysia, sepatutnya pelbagai pengajaran atau iktibar patut dijadikan panduan kepada generasi semasa. Semua negara bangsa, sama ada berkelas kuasa penjajah atau masih terjerumus dalam zaman gelap kolonialisme melihat bangkitnya abad ke dua pula dengan 50 tahun pertama yang sangat pantas dan meriah dengan pelbagai penemuan sains dan teknologi.

Sebagai rakyat Malaysia juga kita jangan lupa untuk mengukuhkan mentaliti dan aset persekitaran sekaligus merealisasikan kelangsungan wujudnya masyarakat majmuk moden yang terus mantap dan.beretika yang memerlukan perpaduan dan hubungan sesama kaum di Malaysia sebagai asas terbaik. Masyarakat majmuk moden kini seharusnya berfikiran terbuka dan bertindak refleksif terhadap perubahan sejagat, dan pada masa yang sama saling menyemarakkan perasaan cinta terhadap kenegaraan sejajar dengan aspirasi domestik.

8.0 PENUTUP

Keamanan memang penting diwujudkan dan dikekalkan hubungan perpaduan masyarakat dikalangan penduduk bebrbilang kaum di Malaysia. Beberapa tindakan positif telah diambil oleh pihak kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 bagi menyatukan masyarakat Malaysia. Tindakan dan inisiatif kerajaan ini walaubagaimanapun tidak akan terhasil sepenuhnya tampa komitmen, sokongan dan kesedaran daripada lapisan masyarakat Malaysia khususnya para pemimpin politik. Tragedi 13 Mei menunjukkkan bahawa salah satu punca penting yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa ini ialah sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin politik semasa berkempen dan selepas keputusan pilihanraya.

Kegagalan mereka mengawal perasaan diri dan pengikut-pengikut mereka, serta tidak menghormati sensitiviti kaum lain adalah punca yang membahayakan perpaduan kaum. Hal tersebut akan menggugat keselamatan negara. Begitu juga dengan faktor-faktor pembahagian kekayaan antara kaum dan perbezaan pembanggunan yang ketara diantara negeri/wilayah dan sektor luar bandar dan sektor bandar. Segala perbezaan ini perlu diatasi sementara peristiwa yang menjadi punca tercetusnya rusuhan kaum hendaklah dijadikan pengajaran.

Usaha-usaha untuk membina negara Malaysia yang dinamik, maju dan rakyat yang bersatu padu perlu diteruskan agar matlamat negara dapat tercapai dengan jayanya. Sebagai rakyat Malaysia juga, kita jangan lupa untuk menjaga serta memelihara aset persekitaran sekaligus merealisasikan kelangsungan wujudnya masyarakat majmuk yang beretika. Perpaduan dan hubungan sesama kaum di Malaysia sebagai asas terbaik. Masyarakat majmuk moden kini seharusnya berfikiran terbuka dan bertindak refleksif terhadap perubahan sejagat, dan pada masa yang sama saling menyemarakkan perasaan cinta terhadap kenegaraan sejajar dengan aspirasi negara.

SENARAI RUJUKAN

Forum MARA. Punca utama kegagalan DEB. Perhimpunan Agung UMNO ke- 56

H.M. Jajuli. 2003. Adakah orang Melayu akan maju 17 tahun lagi? dlm. Dewan Budaya.

April 2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hussain Mohamed.1987. Membangun demokrasi: Pilihanraya di Malaysia. Kuala

Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Maizatul Haizan Mahbub. 2005. Tinjauan baru politik Malaysia. Bangi. Penerbit UKM.

Malaysia kita.ed.5. 2004. Petaling jaya: International Law Book Services.

Mansor Mohd Noor. Seminar Perpaduan dan Integrasi Nasional di Putrajaya pada 19 dan 20 Mei 2005. Transformasi Perhubungan Etnik di Malaysia.

Mas Juliana Mukhtaruddin. 2002. Dinamika Pembangunan Ekonomi Malaysia. Dlm. Rohani Ab. Ghani & Zulhilmi Paidi. Kenegaraan Malaysia: isu- isu & perkembangan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’ rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj. Mohd Rashid. 2001. ed.2. Pengajian Malaysia kenegaraan dan kewarganegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Monday, September 3, 2007

TAFSIRAN TERHADAP SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia mempunyai satu keunikan yang tersendiri kerana mempunyai pelbagai entiti kaum yang berbeza, antaranya kaum Melayu, Cina, India, dan kaum bumiputera Sabah dan Serawak serta masyarakat pribumi yang lain. Kesan dari aspek ini telah menimbulkan pelbagai variasi sejarah Malaysia yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi nilainya pada setiap masyarakat Malaysia khususnya. Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran penjajah seperti Portugis, Belanda, Jepun, dan British iaitu Inggeris terutamanya, telah memberi kesan penting dlm mencorakan sistem tanah Melayu pada zaman penjajahanya sehingga merdeka sekalipun. Dari segi pentadbiran dan sosial dapat dilihat titk-titik perubahannya. Malahan ketika zaman kolonialisme, terutamanya pihak british telah mengkaji sejarah melayu ketika itu.

Pihak inggeris memainkan peranan penting dalam mencorakkan sistem tanah melayu pada permulaan campurtangannya di perak pada 1874, iaitu pada 20hb jun 1874 melalui perjanjian pangkor. Raja Abdullah telah menulis surat kepada Sir Andrew Clarke, gabenor negeri-negeri selat waktu itu bagi menyelesaikan sengketa yang sedang berlaku serta mengembalikan keamanan di Perak. Kesannya Perak telah menerima residen inggeris yang pertama iaitu J.W.W.Birch.[1] Selepas daripada itu, tanah melayu semakin dikuasai oleh inggeris. Dalam tahun 1960 an tanah Melayu telah dikuasai penuh oleh pihak British, ekoran daripada itu telah wujud pelbagai tafsiran sejarah Malaysia yang ditulis oleh sarjana barat, mereka telah menulis sejarah Malaysia dengan melalui pandangan mereka sendiri. Namun kebanyakkan apa yang mereka tafsir itu selalunya bersifat bias dan sentrik terhadap kepentingan pihak barat sahaja. Sebagai seorang warga Malaysia perlu kita menangkis tafsiran ini dan memperbetulkan kesangsian yang berlaku, supaya orang melayu akan di pandang tinggi dari pelbagai aspek.



TAFSIRAN BARAT TERHADAP PENSEJARAHAN MELAYU.

Dalam membicarakan tafsiran sejarah Malaysia yang ditulis oleh sarjana barat sehingga 1960 an, pertama kita perlu mengenali beberapa tokoh penulis barat yang menulis atau merekod serba sedikit mengenai sejarah Malaysia, antaranya ialah R.O.Winsted, R.J. Wilkinson, Hug low, iaitu residen British ke-2 di Perak, Frank Swettenham,J.C. Bottom dan beberapa sarjana barat yang lain. Pemikiran mereka ini adalah lebih kepada bentuk pensejarahan ala barat yang kononnya setiap penyelidikan sejarah itu perlu bersikap objektif.

Namun sebenarnya, sikap sarjana barat ini mempunyai agenda tertentu di sebaliknya, Negara kolonial adalah dilihat sebagai sebuah Negara yang maju, mereka menjaga status dan kedudukan mereka masih dibawah dan tidak mampu menandingi mereka. Antara cara yang digunakan bagi melemahkan Negara jajahan mereka, adalah dengan melemahkan nilai dan kentinggian sejarah Negara jajahannya. [2]

Malaysia telah menempuh pelbagai zaman kolonial dan sebagainya antara yang tidak boleh di pandang ringan ialah historgrafi, iaitu tulisan oleh masyarakat disamping pelbagai faktor yang menyebabkan perubahan berlaku, yang bukan sahaja dari aspek penulisan malahan ekonomi, politik, sosial, dan sebagainya. Prospek penulisan sejarah Malaysia telah mempunyai pelbagai tulisan , yang mana telah muncul sejak zaman tradisional, antaranya yang terdiri dari syair, puisi, gurindam, sajak, jenaka dan sebagainya.

Salah satu karya sejarah Melayu yang berharga ialah Tuhfat al- Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji. Karya ini dimulakan dengan pernyataan yang mengimbaskan kaedahnya dan mengakhiri pula dengan pernyataan yang jelas dan tepat tentang landasan- landasan bagi kaedah yang harus digunakan bagi menghasilkan sebuah karya sejarah yang baik atau dipertanggungjawabkan, menurut Muhd. Yusuf Ibrahim ada menulis:

"... Hasil karyanya itu sendiri belumlah dapat diterima sebagai kaedah yang diterima

sebagai sebuah karya pensejarahan yang sepenuhnya moden apatah lagi jika

pengertiannya itu dilihat dari sudut pandangan barat sejak kira-kira awal abad ke-20

ini. Namun dari segi kaedahnya, ia boleh dianggap telah memberikan sumbangan

yang sungguh bermakn a di dalam perkembangan persejarahan Melayu menuju

tahapnya yang lebih mantap..." [3]

Karya itu, seperti yang telah diertikan, memanglah menepati makna tersurat dan tersirat sesuatu hadiah yang beharga di bidang pensejarahan Melayu amnya dan di bidang pensejarahan itu khususnya. R. O. Winstedt menganggap karya pensejarahan yang terpenting selepas sejarah Melayu yang telah diperbaiki oleh Tun Seri Lanang pada T. M 1612 itu.[4] Sebagai sebuah karya pensejarahan, maka wajarlah ia diterima dan digunakan sebagai sesuatu sumber sejarah yang penting. Diatas hakikat ini jugalah kita dapati beberapa orang pengkaji atau pentadbir inggeris seperti R, J. Wilkinson dan W. Linehan telah menggunakan sejarah melayu ini sebagai sumber rujukan bagi mengkaji sejarah dan selok- belok serta masalah- masalah bangsa Melayu.


KRITIKAN TERHADAP PENSEJARAHAN MELAYU

Orang barat atau pengawai kerajaan inggeris sememangnya tidak mengiktiraf sejarah Melayu, ini kerana faktanya tidak terlalu betul ataupun objektif, selalunya penulisan sejarah Melayu tidak mempunyai tarikh, sentrik istana, mengandungi unsur dongeng, lagenda, magis, yang dianggap tidak rasional pada zaman sains ketika itu. Perkara ini sebenarnya tidak boleh dipercayai sepenuhnya oleh orang Melayu. Pesejarah melayu adalah selaras dengan perkembangan zaman ketika itu. Demikian tulisan Muhd. Yusuf Ibrahim :

"... Ia adalah pensejarahan ‘moden’ seperti yang difahami pada abad ke-20 ini, iaitu

khususnya berdasarkan pensejarahan barat yang berkembang sejak penghujung

abad yang lalu, belum lagi muncul di rantau ini. Dalam keadaan yang demikian

itu, nyatalah bahawa pandangan dan penilaian kita terhadap kesejarahan Tuhfat

Al- Nafis ini, malah karya- karya pensejarahan tradisi yang lain, seperti Sulalatus

Salatin, adalah sesuatu yang didasarkan kepada ilmu sejarah yang wujud pada

zaman kita ini...."[5]

Maka dengan itu timbullah pandangan- pandangan yang dangkal seperti yang menganggap bahawa sejarah Melayu itu adalah hiburan, dongeng dan sebagainya. Misal nya, pandangan yang disuarakan oleh J. C. Bottom yang mengatakan bahawa pensejarahan tradisi seumpama sejarah Melayu itu, bagi orang Melayu, bukanlah “ suatu Sains ataupun sastera, tetapi suatu hiburan. Ketetapan, kelengkapan ataupun pemaparan yang teratur bukanlah prinsip yang penting, apa yang penting ialah lagenda-lagenda, fantasi dan juga perbualan yang menyeronokkan tentang istana dan pelabuhan.[6]


Sedikit sebanyak pandangan seperti ini memanglah ada kebenarannya, tetapi sesungguhnya ia tidaklah terhad kepada pensejarahan melayu sahaja, malah ia adalah sesuatu yang sejagat dan pilihan terhadap cerita- cerita tentang istana dan pelabuhan itu sebagai tema sejarah bukanlah sesuatu yang ganjil, menggelikan ataupun salah, sesungguhnya ia menggambarkan bentuk dan keadaan sosio- ekonomi dan politik masyarakat Melayu tradisi umpamanya seperti yang terdapat didalam empayar Melayu Melaka dahulu.

Hakikatnya, sejarah Melayu itu ditulis dengan keunikan tersendiri, pandangan J.C. Bottom itu adalah kurang tepat yang menggandingi unsur bias yang lebih memandang untuk kepentingan Eropah. Oleh itu, karya sejarah diaplikasikan dalam bentuk puisi, syair, gurindam dan sebagainya adalah sangat bersesuian dengan keadaan zamannya. Sarjana Melayu telah menggambarkan hakikat masyarakat Melayu pada ketika itu, berbeza dengan karya barat pada zaman kolonial adalah tidak menggambarkan realiti sebenar orang Melayu. Tujuan mereka adalah bagi memaparkan bahawa orang barat sebagai ejen pembangunan, seolah- olah orang Melayu hanya mengetahui membaca selepas kedatangan mereka.

Frank Swettenham misalnya mengatakan bahawa akibat daripada huru- hara itu orang inggeris berasa kasihan dan bersimpati terhadap keadaan kacau bilau yang melanda Tanah Melayu pada ketika itu. Oleh itu, mereka harus melakukan sesuatu untuk menolong mengamankan dan memulikan keadaan tersebut.[7] Begitu juga dengan Rupert Emerson, mengatakan bahawa campur tangan British yang membuka kepada pengusaanya terhadap tanah melayu adalah sebahagian daripada kemaraan semangat imperialisme nya yang baru.[8]



TAFSIRAN BARAT KEPADA SEJARAH MELAYU (MASYARAKAT MALAYSIA).

Menurut Prof. Nik Hassan, masyarakat Melayu berasal dari Kalimantan. Rumpun Melayu tinggal di pedalaman dan pesisiran pantai adalah memiliki sifat- sifat yang sama, dengan itu aktiviti kehidupan mereka yang bergantung kepada tanah dan air. Keadaan fizikal mereka adalah sama disamping mempunyai kulit yang sama, yang mengikut warna daripada buah bagi menunjukkan kesesuaian Melayu dengan alam sekitar. Orang barat membuat tafsiran warna lokal ini mengikut tafsiran mereka , mereka mengaggap warna kulit Melayu adalah “brown”. Ini menunjukkan orang barat tidak dapat memberi penjelasan yang tepat berkaitan kulit orang Melayu. Menurut Frank Swettenham:

"...Orang Melayu berkulit sawo matang, agak pendek, gempal dan kuat, dan ketahanan mereka tinggi. Wajahnya, biasanya jujur dan menyenangkan, ia tersenyum kepada orang lain yang menyapanya. Rambutnya hitam, lebat dan lurus, hidungnya cenderung agak datar dan lebar pada cupingnya , mulutnya besar, biji matanya hitam pekat dan cerah..."[9]

Penjajahan inggeris keatas tanah melayu adalah satu titik permulaan agenda barat dalam usahanya yang kononnya mahu menyebarkan peradaban barat mereka. Para sarjana barat mengkaji tentang kawasan Asia , sama ada pada zaman kolonial adalah semata- mata untuk untuk kepentingan British atas tanggungjawab nasional dan kolonialnya, hanya sedikit untuk tujuan kononnya membawa peradaban di Asia, buku yang ditulis bukan untuk kita tetapi untuk British yang memang perlu untuk pengawai inggeris atau golongan pemodal eropah.


Selain itu, Frank Swetteham antaranya menulis orang Melayu tidak lebih pintar daripada orang asli, Beliau juga mengatakan orang Melayu malas, tanpa mempunyai apa pun peraturan.[10] Begitu jugalah dengan beberapa pandangan Hugh Low, residen British kedua di perak, walaupun beliau bukan seorang sejarawan, tetapi ada pandangan beliau yang boleh menyebabkan terpesongnya sejarah tanah Melayu, misalnya, tatkala beliau dilantik menjadi residen menggantikan J.W.W. Birch yang dibunuh dalam pakatan antara pembesar dan sultan perak, beliau mengatakan bahawa di Perak tidak ada satu rupa bentuk kerajaan ataupun pemerintah untuk diberi nasihat.[11]

Sikap pandangan kolonial itu ternyata memperlekehkan oran Melayu, mengaggap masyarakat yang dijajah adalah lemah, dan tidak mampu membawa perubahan ke arah kemajuan ketamadunan, dalam tulisan barat menegaskan bahawa perubahan di Malaysia adalah diperkenalkan oleh inggeris, mereka lah yang datang untuk menyebarkan peradaban barat yang dianggap maju. Kalau tidak kerana mereka Malaysia tidak dapat mencapai tahap seperti ini, kenyataan ini sebenarnya boleh di dangkal, kerana orang Melayu sebenarnya telah mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rumpn Melayu telah meliputi seluruh asia tenggara, disamping itu bahasa Melayu juga telah menjadi ‘linggua franca’ pada zaman, ia telah diktiraf sebagai bahasa pedagang, dan setiap orang asing wajib belajar bahasa Melayu untuk menjalankan urusniaga barangan ketika itu.


Dalam menguatkan lagi hal ini, satu kajian yang berlaku apabila ia dicetuskan oleh seorang novelis Melayu iaitu Harun Aminurrashid telah melahirkan novel-novel berunsur sejarah. Novel Panglima Awang (1958) adalah novel yang menyelongkar satu penemuan sejarah yang perlu di ketahui oleh orang Melayu. Di awal novel ini iaitu ‘sudut sejarah’ yang antara lain mencatatkan tentang hubungan novel ini dengan perjalanan sejarah Melaka khususnya semasa berlakunya serangan askar Portugis pada 1511. Harun Aminurashid mengaku bahawa beliau merujuk dua karangan pendek yang disiarkan dalam akhbar inggeris dan akhbar Indonesia,[12] yang mendakwa seorang lelaki Melayu disahkan mengelilingi dunia dalam abad ke- 16. Kisah lelaki Melayu Melaka yang dipercayai orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia, kemudian disaring sebagai inti novel panglima awang.[13]

Melalui catatannya dalam ruang ini juga Harun Aminurrashid rata- rata melihat usaha ‘pemadaman’ nama lelaki melayu itu sebagai antara takatik penjajah ( portugis atau sepanyol) untuk tidak memberi memberi peniktirafan kepada bangsa Melayu. Beliau juga menggesa ahli sejarah menyelongkar kedudukan “lelaki Melayu” tersebut ada kemungkinan merupakan keturunan Hang Tuah atau pahlawan Melayu lain.[14] Novel ini dilihat berdiri sebagai ‘penyokong’ kepada sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang tidak menyentuh kedudukan watak ini sama sekali khususnya sebagai individu yang berhubung secara langsung dengan pihak Eropah atau sebagai orang pertama mengelilingi dunia.


Seorang lelaki Melayu yang diberikan nama Panglima Awang oleh Harun Aminurrashid dalam novelnya adalah dikenali sebagai Enrique of Melaka atau Henry the black, Enrique menjadi hamba tawanan Magellan sewaktu Melaka diserang pada 1511, kemudian dibawa ke Portugal sebagai hamba penterjemah.[15] Antara catatan Pigafetta, sukarelawan Itali yang turut dalam pelayaran Magellan, dalam Magellan’s Voyage- A Narrative Account of First Circumnavigatio (1969) dan sebuah nota , Documents on Melaka (1993),[16] menyatakan wujudnya watak seorang lelaki Melayu berasal dari Sumatera yang menjadi hamba dan Penterjemah kepada Magellan sepanjang pelayarannya.

Secara ringkas kisahnya, selepas Melaka ditawan oleh Portugis, Magellan pulang ke Portugal bersama dibawa hambanya, iaitu Enrique. Dikatakan Enrique @ Panglima Awang mempunyai ketangkasan berlawan, bijak berbicara dan pandai dalam pelayaran. Semasa di Eropah Magellan di arah mengetui serangan ke atas Morocco, namum Magellan dituduh menerima rasuah semasa di Marocco, Magellan meninggalkan pemerintahan Portugal, Beliau ke sepanyol menyertai Raja Charles 1 (1517). Beliau telah menerima ekspidisi mengelilingi dunia, bagi menunjukkan dunia ini bulat. Magelan telah belayar bersama dengan Enrique, Pigafetta dan beberapa yang lain dengan membawa lima buah kapal. Disamping itu Raja Humabon, pemerintah pulau Cebu meminta Magellan menyerang Mactan. Semasa di sana Enrique telah bertutur dengan masyarakat tempatan dalam bahasa Melayu. Pada serangan Pulau Mactan dengan 60 askar pihak Cebu dan 1500 pengikut Lapu-Lapu, Magellan telah mati dalam peperangan itu. Manakala Enrique terbunuh dlm serangan itu, tetepi ini hanya adalah mengikut catatan rasmi sepanyol. Sementara catatan Pigafetta mengatakan Enrique hilang. Dalam hal ini, perkara yang perlu ditonjolkan ialah, orang Melayu mungkin adalah orang pertama yang telah mengelilingi dunia. Maka orang Melayu adalah bangsa yang hebat, tidak sepertimana yang di nyatakan barat itu adalah tidak tepat.

KESIMPULAN

Sebagai mengakhiri tulisan ini, oleh itu berdasarkan tafsiran sejarah Melayu yang ditulis oleh sarjana barat sehingga 1960an’, pada asasnya kita perlu mengetahui kenyataan tafsiran yang dinyatakan oleh sarjana barat terhadap sejarah Malaysia, seperti apa yang dikatakan oleh R. O. Winsted, R. J. Wilkinson dan beberapa yang lain. Apa yang mereka tafsir ini bukan realiti sebanarnya, mereka hanya mentafsir dengan mengikut pandangan mereka dan yang utama adalah berdasarkan kepentingan mereka, sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial. Penafsiran mereka adakalanya bersikap ‘bias’, orang Melayu perlu sedar dan perlu mengutamakan tafsiran mereka sendiri, orang Melayu bukannya malas seperti yang dikatakan oleh Frank Swettenham. Kita perlu yakin terhadap kemampuan kita, hakikat sebenarnya orang Melayu telah mempunyai suatu tahap ketamadunan yang tinggi pada suatu ketika dahulu, maka perlulah kita membentuk satu kemajuan yang beracuan masyarakat Melayu sendiri. Disamping itu, sebagai yang berbangsa Melaysia perlu kita meneruskan perjuang yang telah dilakuka oleh Harun Aminurrashid yang mempromosikan seorang berbangsa Melayu yang bernama Enrique atau Panglima Awang yang telah mengelilingi dunia bersama- sama dengan angkatan laut Magellan, jika kebenarannya, maka sudah tentu orang Melayu mempunyai kekuatan, keupayaan dan harga diri bangsa yang tinggi.



[1] Ahmad Haji Salleh.1975.Ringkasan sejarah dunia(buku 3).Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.20-2.

[2] Syed Hussien Alatas.1991. Mitos peribumi malas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.12-13.

[3] Muhd. Yusuf Ibrahim. 1988. Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis: satu tinjauan dari sudut kaedah sejarah (SUMBANGSIH).Bangi, penerbit :Universiti Kebanggsaan Malaysia.hlmn.99.

[4] Winstedt, R. O. 1977. A history of a classical Malay literature, Oxford University press, Kuala Lumpur, hlmn.165.

[5] Muhd. Yusuf Ibrahim. 1988. Raja Ali Haji dan Tuhfat Al-Nafis: satu tinjauan dari sudut kaedah sejarah (SUMBANGSIH).Bangi, penerbit :Universiti Kebanggsaan Malaysia.hlmn.111.

[6] Bottom, J.C. 1968. “Some Malay historical sources: A bibliographical note”. New York, Cornel University press. hlm. 180.

[7] Swettenham, F. 1967. Stories and sketches, Diperkenalkan oleh William R. Roff. Kuala Lumpur. Oxford University Press, hlm.34.

[8] Emerson, R. 1964. Malaysia: A study in direct and indirect rule. Cetak semula dan diperkenalkan oleh John Bastin, Kuala Lumpur. University of Malaya Press.

[9] Swettenham, F. 1955. British Malaya. London: Allen and Unwin, hlmn 131.

[10] Swettenham, F. 1967. Stories and sketches, Diperkenalkan oleh William R. Roff. Kuala Lumpur. Oxford University Press, hlm.17.

[11] Yusuf Ibrahim.1997.Ilmu Sejarah,falsafah,pengertian dan kaedah.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 205.

[12] Mahmud Ahmad. 1996. Kajian novel Panglima Awang. Singapura: Pustaka Melayu.

[13] Mawar Shafei. 2006. Hipoteks sejarah dalam novel Panglima Awang. Bangi. Penerbit: Pusat Pengajian Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 6.

[14] Sabri Zain. 2002. Was the first man to sail around the world a Malay?. http://Malaya.org.uk/ journals.html 31 aug 2002.

[15] Ibid.

[16] Ibid.